Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam didakwa berkaitan dengan kehilangan $33 juta, hadapi 4 dakwaan baru

Oct 14, 2019 | 12:58 PM



SEORANG peguam yang lesap setelah lebih dari $33 juta di firmanya hilang dikenakan empat dakwaan awal hari ini (14 Oktober), termasuk satu dakwaan pelanggaran kepercayaan jenayah (CBT) sebagai peguam.





Dakwaan CBT merujuk kepada semasa Jeffrey Ong Su Aun, 42 tahun, di firma guaman JLC Advisors di mana dia didakwa menyalahgunakan lebih daripada $6.65 juta pada 23 Oktober 2017.



Tiga lagi dakwaan baru adalah atas pemalsuan bertujuan menipu.



Ong, yang kini direman dan di mahkamah menerusi pautan video, dikatakan telah melakukan tuduhan ini pada 7 Ogos tahun lalu.



Dia kini menghadapi 26 dakwaan termasuk kesalahan menipu.



Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Khoo memberitahu mahkamah bahawa Ong mungkin menghadapi lebih banyak dakwaan kemudian.



Kes Ong telah ditangguhkan hingga 25 November.



Jika didapati bersalah melanggar kepercayaan jenayah sebagai peguam, Ong boleh dipenjara seumur hidup atau dipenjara selama 20 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >