Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peguam digantung 3 tahun sebab 'cuai' urus kes yang bolehkan klien tipu pinjaman $2.32j

Jul 31, 2022 | 05:30 AM

SEORANG peguam, Mohammed Lutfi Hussin, kelmarin telah digantung perkhidmatannya selama tiga tahun, selepas dia secara palsu mengakui seorang kliennya telah menandatangani dokumen bagi pinjaman perumahan untuk pembelian sebuah rumah berlaman di Saraca Terrace berhampiran Yio Chu Kang Road pada April 2014.

Lutfi didapati mengesahkan dia menyaksikan kliennya, Mohammad Naseeruddin Allamdin, menandatangan dokumen pinjaman rumah melibatkan wang $2.32 juta walaupun hakikatnya dia tidak berbuat demikian.

Peguam itu juga secara palsu mengesahkan di satu lagi dokumen bagi pemindahan hartanah bahawa Naseeruddin telah menerima hak milik, sudah cukup umur dan berupaya melaksanakan urus niaga itu dari segi undang-undang.

Namun, Lutfi tidak berjumpa dengan kliennya secara peribadi dan mengesahkan maklumat demikian.

Lutfi yang waktu itu pengarah firma guaman, Lutfi Law Corporation, membolehkan setiausahanya berurusan dengan Naseerudin.

Lutfi tidak tahu bahawa urus niaga tersebut merupakan sebahagian daripada tipu helah untuk mendapatkan pinjaman perumahan lebih tinggi dari bank.

Mahkamah yang terdiri daripada tiga hakim - Encik Andrew Phang Boon Leong, Cik Judith Prakash dan Encik Steven Chong - mendapati bahawa Lutfi "tidak bertanggungjawab dan cuai dalam menjalankan amalan pemindahan haknya."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3