Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam digantung kerana hubungan sulit dengan pelanggan

Sep 08, 2016 | 08:17 AM



SEORANG peguam digantung tiga bulan oleh Mahkamah Tiga Hakim pada Rabu (7 Sep) kerana hubungan sulit dengan bekas pramugari yang beliau wakili dalam hal berkaitan perceraian.



Encik Lee Terk Yang, 41 tahun, seorang peguam berpengalaman 13 tahun, mengaku berasmara dengan pelanggannya itu di sebuah hotel selama dua hari pada Januari 2014.



Teman lelaki wanita itu mengadu kepada Persatuan Undang-Undang, yang kemudian mengadakan tribunal disiplin, sebelum merujuk kes tersebut kepada mahkamah tertinggi itu.



Peguam persatuan itu, Encik Ajaib Haridass, meminta penggantungan enam hingga 12 bulan ke atas Encik Lee, yang sudah berkahwin



"(Encik Lee) melanggar kewajipan amanah yang beliau terhutang pada pelanggan itu apabila beliau memajukan kepentingan peribadi beliau... (Beliau) mengambil kesempatan ke atas pelanggan beliau dengan... mempunyai hubungan seks dengannya tiga kali selama dua hari pada Januari 2014."



Encik Haridass berkata bahawa dalam membuat keputusan mengenai hukuman bagi Encik Lee, ada keperluan melindungi nama baik profesion undang-undang dan keyakinan orang ramai pada profesion itu.



Encik Eugene Thuraisingam, peguam Encik Lee, semasa berhujah agar beliau didenda, berkata anak guamnya tidak melakukan apa-apa yang menjejas kepentingan undang-undang pelanggannya semasa urusan mereka, dari akhir Disember 2013 hingga awal Februari 2014.



Penggantungan Encik Lee bermula pada 1 Okt. Beliau juga perlu membayar kos $10,000.



Selepas perbicaraan itu, Encik Lee berkata kepada pemberita: "Saya amat meminta maaf kerana menyakiti orang-orang di sekeliling saya. Saya berharap saya diberi ruang untuk pulih."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >