Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam M³ lancar laman bantu masyarakat perihal khidmat guaman

Antara lain bagi mudahkan akses ke khidmat pro bono, sedia direktori peguam dengan pengalaman khusus
Feb 24, 2021 | 05:30 AM



PARA peguam M Kuasa Tiga ((M³) telah melancarkan satu laman web yang diharapkan bermanfaat bagi masyarakat dan mengubah bantuan guaman yang dihulurkan bagi kedua-dua khidmat, pro bono (percuma) mahupun berbayar.



Dalam laman web m3lawyers.sg. itu, terdapat 10 peguam yang disenaraikan di bawah pasukan tetap kumpulan tersebut.



Antara mereka ialah Encik Imran Rahim, Encik Ariff Izzudin Md Ghazali dan Cik Nurulhuda Atiqah Sawal.



Sebuah perkhidmatan pro bono tetap akan menjadi lebih mudah diakses oleh semua menerusi laman web itu.



Warga masyarakat yang memerlukan bantuan guaman tetapi tidak mampu membayar khidmat peguam boleh pergi ke platform ini dan salah seorang peguam akan menghubungi beliau untuk menawarkan konsultasi percuma.



Dalam sesetengah kes, seorang daripada peguam itu akan turut mewakili individu itu dalam perbicaraan guaman relevan.



Warga masyarakat yang ingin mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak tahu di mana boleh mendapatkannya boleh merujuk kepada direktori peguam yang ditubuhkan di laman itu.



Antara peguam dalam direktori itu ialah Encik Ahmad Nizam Abbas, Encik Mohammad Rizuan Mohammad Yasin dan Cik Ferzana Haq.



Direktori itu menampilkan peguam berpengalaman khusus dalam pelbagai bidang serta mereka yang mahu menyumbang kepada masyarakat.



Di samping itu, laman web tersebut menyediakan maklumat mengenai acara yang telah atau akan dianjurkan oleh kumpulan peguam itu.



Laman web tersebut dibangunkan oleh syarikat pembangunan laman web 22cm.



Sekitar bulan lalu, bandar M³@Geylang Serai diperkenal, iaitu M³@Bandar kesembilan.



M³@Geylang Serai menumpukan perhatian pada tiga bidang utama - mempromosikan masyarakat lebih penyayang dalam kalangan jiran di kawasan Geylang Serai, menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pekerja pertengahan kerjaya, dan gaya hidup lebih aktif dan sihat dalam kalangan penduduk.



Usaha itu diharap dapat memastikan keluarga memerlukan akan dapat didekati dan dibantu menerusi pelbagai program M³ serta sumber masyarakat dan nasional lain.



Satu lagi M³@Bandar yang baru ditubuhkan awal bulan ini ialah M³@Jalan Besar.



Ia memberi tumpuan kepada tiga tunggak utama, iaitu keluarga rentan, kesihatan mental dan celik digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >