BELIAU berjaya membina hidup lebih selesa walau mendewasa dalam keluarga latar belakang sederhana.
Peguam korporat dan calon baru Melayu kedua Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Amrin Amin, berhasrat 'membayar budi' dengan berjasa kepada negara selepas meraih manfaat daripada 'ekosistem Singapura' yang unik. Calon baru Melayu pertama ialah Encik Saktiandi Supaat, yang diumumkan di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Bishan-Toa Payoh Rabu lalu.