Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam PM Pengasas beri keterangan kes saman PM Lee terhadap editor TOC

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



PEGUAM yang menyiapkan enam wasiat bagi mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew hadir di Mahkamah Tinggi semalam untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah terhadap editor The Online Citizen (TOC), Encik Terry Xu.



Cik Kwa Kim Li, yang tidak menguruskan wasiat ketujuh dan terakhir Encik Lee, dipanggil oleh Encik Lim Tean daripada Carson Law Chambers, yang mewakili Encik Xu dalam tindakan guaman oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga anak mendiang Encik Lee.



Beiliau satu-satunya saksi yang dipanggil ke mahkamah semalam.



Dalam hujahnya, Encik Lim merujuk kepada e-mel-emel berhubung wasiat-wasiat yang disiapkan Cik Kwa bagi mendiang Encik Lee.



Satu daripada e-mel itu bertarikah 6 September 2012 dan bertajuk 'Oxley'.



Ia dihantar oleh mendiang Encik Lee kepada Cik Kwa dan anak perempuan mendiang, Dr Lee Wei Ling.



Lebih awal dari itu, mahkamah diberitahu mendiang Encik Lee telah menulis "Meskipun ia telah diwartakan sebagai rumah warisan, ia tetap milik saya sebagai pemiliknya."



PM Lee berkata beliau tidak termasuk dalam rantaian e-mel ini tetapi mendapat tahu mengenainya selepas bapanya meninggal dunia.



Namun PM Lee akur bahawa pada waktu itu, mendiang Encik Lee percaya bahawa rumah itu telah diwartakan.



Di kertas di mana e-mel itu dicetak, Cik Kwa telah menulis:



"Saya tidak dapat mencari warta, telah memberitahunya (mendiang Encik Lee)."



Encik Lim, semalam bertanya berapa kali Cik Kwa mencari warta bagi rumah itu dan Cik Kwa menjawab beliau tidak boleh ingat secara tepat, tetapi beliau mencari sekurang-kurangnya dua kali.



Apabila ditanya oleh Encik Lim sama ada beliau memberitahu mendiang Encik Lee setiap kali membuat pencarian itu, Cik Kwa berkata: "Jawapannya adalah rahsia (privileged)", merujuk kepda rahsia antara peguam dengan klien.



Kes tersebut berpusat pada dakwaan yang dibuat oleh TOC dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada 15 Ogos tahun lalu bertajuk PM Lee's wife, Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members(Isteri PM Lee, Ho Ching anehnya kongsi artikel tentang memutuskan hubungan dengan anggota keluarga).



Artikel TOC itu mengulas mengenai isteri PM Lee, Cik Ho Ching, berkongsi pautan di Facebook kepada sebuah artikel bertajuk Here's why sometimes it is okay to cut ties with toxic family members (Inilah sebab mengapa kadang kala boleh memutuskan hubungan dengan ahli keluarga yang toksik).



Artikel itu juga merujuk kepada kenyataan dan catatan Facebook yang dibuat sebelum itu oleh adik PM Lee, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling.



Pada September tahun lalu, PM Lee meminta TOC memadam artikel itu, bersama pos Facebook yang menghubungkannya, dan menerbitkan permohonan maaf penuh dan tanpa syarat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >