Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam sambut Raya di Russia, saksikan perlawanan Piala Dunia

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



DI sebalik demam Piala Dunia dan kegembiraan kelompok 16 pasukan terakhir di Russia, peminat boleh sepak Singapura nampaknya boleh tumpang berbangga apabila warganya juga 'layak' ke Piala Dunia.



Meskipun pasukan negara tidak berkesempatan ke Moscow, namun kelibat bendera Singapura "berjaya' dibawa pada perlawanan pusingan akhir 2018 di Russia.



Sekumpulan 18 kumpulan profesional yang terdiri dari para peguam dan teknokrat dari Singapura telah mengibarkan bendera Singapura di stadium di Moscow.



Antara peguam yang ke temasya berprestij itu adalah Encik Abdul Rohim Sarip dan Encik Hamidul Haq.



Beberapa keping gambar dikongsi oleh Encik Abdul Rohim dengan Berita Minggu dan di laman Facebooknya telah menarik perhatian rakyat Singapura khususnya peminat bola sepak.



Encik Abdul Rohim sendiri tampil pada hari pertamanya di Moscow mengenakan baju Melayu lengkap bersamping.



Katanya, beliau mahu menyambut Hari Raya di sana.



"Paling tidak dapat diilupa ialah ketika peminat Iran bertanya kepada saya adakah pasukan Singapura berada di peringkat akhir Piala Dunia ini. Saya kata tidak dan dia bertanya mengapa saya berada di sini.



"Saya hanya tersenyum. Jawapannya gila bola.'' ujar Encik Abdul Rohim ketika dihubungi.



Beliau bukan sahaja teruja dapat melawat bangunan-bangunan bersejarah negara itu seperti Red Square tetapi juga turut ke Masjid Besar di Moscow serta menikmati makanan halal Maghribi di sana.



Menurut Encik Abdul Rohim, mereka sudah merancang percutian itu sejak lama dan berangkat ke Moscow pada Jumaat lalu.



Mereka dijadualkan pulang hari ini setelah menyaksikan perlawanan Brazil menentang Serbia; Mesir melawan Arab Saudi serta Belgium-Tunisia.



Sebelum ini juga, beliau telah ke Piala Dunia di Perancis pada 1998 dan di Afrika Selatan pada 2010.



Bagi Encik Hamidul Haq pula berkata beliau seronok dapat datang ke Russia walaupun Singapura tidak bertanding.



Beliau juga tidak mahu melepaskan peluang itu dan mendapati ramai warga antarabangsa yang berkumpul di kejohanan itu kerana semangat cintakan negara masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >