SIDANG AWAM SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PRESIDEN DIPILIH
Peguam saran kelakuan calon presiden semasa berkempen dipantau
Apr 23, 2016 | 05:30 AM
ISU kempen Pilihan Raya Presiden hangat serta janji besar yang dibuat calon dalam pilihan lalu merupakan antara isu yang diperbincang dalam sidang awam kedua Suruhanjaya Perlembagaan bagi Presiden Dipilih (EP) semalam.
Topik itu timbul semasa Encik Rey Foo Jong Han diminta tampil di depan Suruhanjaya berkenaan.