SIDANG AWAM SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN PRESIDEN DIPILIH
Peguam usul kriteria modal berbayar syarikat diurus calon dinaikkan kepada $500 juta
Apr 23, 2016 | 05:30 AM
KRITERIA kelayakan bagi Presiden Dipilih (EP) harus dikemas kini dan diperkukuh dari segi jumlah dan mutu, kata peguam Ranvir Kumar Singh.
Semasa tampil memberi penjelasan di sidang awam Suruhanjaya Perlembagaan semalam, Encik Singh berkata dari segi jumlah, modal berbayar yang ditetapkan pada $100 juta kini harus dinaikkan kepada $500 juta.