Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Pejabat baru bagi urus relawan, sumber masyarakat secara lebih berkesan: Maliki

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



SATU pejabat baru yang diterajui pemerintah akan ditubuhkan menjelang pertengahan tahun ini untuk mengendalikan relawan Melayu/Islam dengan lebih baik dan mengurus sumber masyarakat dengan lebih berkesan.



Langkah untuk memperbaiki usaha pendekatan ini merupakan sebahagian kerjasama M Kuasa Tiga (M³), umum Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, semalam.



M³ merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Satu tugas yang akan segera dilakukan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³ (Eco) itu adalah memberi tumpuan kepada membina keupayaan relawan di M³@Bandar, yang merupakan wadah bagi mereka dalam masyarakat untuk bekerjasama demi membantu penduduk yang lebih dekat di rumah.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan, berkata Eco bakal menyediakan sebuah rangka kerja latihan untuk para sukarelawan memupuk kemahiran yang diperlukan, serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap dasar dan skim pemerintah, terutamanya yang relevan bagi keluarga susah.



Kini terdapat lebih 500 relawan yang terdaftar di bawah program M³.



"Melalui pendekatan ini, kami berharap dapat melahirkan golongan relawan yang berkeyakinan, yang dapat mendekati masyarakat dengan lebih baik dan secara lebih bermakna," kata Dr Maliki sewaktu perdebatan mengenai Belanjawan bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Menerusi pejabat itu, Dr Maliki berkata Eco akan menyelaras dan mengukuhkan usaha mendekati masyarakat bersama program pemerintah yang lain seperti Uplift dan ComLink, serta usaha oleh badan-badan Melayu/Islam.



Di samping itu, M³ akan terus mencari peluang kerjasama dengan badan lain, termasuk agensi pemerintah, untuk menggunakan data dan huraian digital bagi mempertingkat keberkesanan usaha yang dijalankan, katanya.



Menjawab pertanyaan mengenai kemajuan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu yang ditubuhkan tahun lalu, Dr Maliki berkata melalui kerjasama dengan badan Melayu/Islam yang lain, mereka telah mendekati pelbagai kumpulan secara lebih berkesan.



Contohnya, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah membantu para peniaga kecil-kecilan yang beroperasi dari rumah untuk membuat permohonan bagi Dana Bantuan Kewangan Sementara, kelolaan pemerintah.



Lebih 250 permohonan telah diluluskan.



"Melalui Eco, kami mahu memperkukuh lagi usaha-usaha sedemikian, dan bekerjasama dengan MMO (badan-badan Melayu/Islam) serta kumpulan masyarakat yang lain untuk mencipta huraian yang memenuhi keperluan masyarakat kita bersama-sama," katanya.



Dr Maliki turut memberi kemaskini mengenai status M³@Bandar, dan mengumumkan bahawa ia akan dilancarkan di Toa Payoh menjelang hujung April - membawa jumlah keseluruhan M³@Bandar kepada 11.



Meningkatkan jumlah M³@Bandar akan memperluas jangkauan kepada lebih ramai keluarga, lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan, tambah Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >