Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat belia M3 padan 1,600 menti dengan 360 mentor

Jul 03, 2022 | 06:01 AM



SEKITAR 1,600 menti berjaya dipadankan dengan sekitar 390 mentor yang baru dilatih Pejabat Pementoran Belia (YMO) di bawah M3 dalam lima bulan pertama tahun ini.



Jumlah mentor baru itu lebih separuh daripada 600 lagi mentor yang disasarkan untuk dilatih YMO bagi pelbagai program mentor, seperti yang diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam tahun ini.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata ini tambahan kepada lebih 1,000 mentor yang telah dilatih YMO dari 2019 hingga tahun lalu dan telah dipadankan dengan 4,000 menti dalam pelbagai program.



Cik Rahayu, yang menerajui Bidang Tumpuan Tiga (FA3) bagi memperkasa dan membimbing belia di bawah daya usaha M3, berkata demikian dalam wawancara dengan akhbar ini.



Di bawah FA3, pelbagai program dianjurkan termasuk menerusi sebuah ekosistem kukuh, yang menawarkan peluang pemerkasaan dan bimbingan.



Cik Rahayu juga menggariskan antara isu utama yang di-hadapi belia Melayu/Islam masa kini.



Dari segi kesihatan mental, Cik Rahayu berkata ini melibatkan usaha menangani penggunaan ruang dalam talian dan kesannya pada pembangunan sosio-emosi belia.



Selain itu, beliau turut prihatin akan prospek kerjaya mereka, dengan ekonomi yang telah banyak berubah dan persaingan yang amat sengit dalam sektor tertentu.



"Sesetengah sektor perlu membuat penyesuaian (akibat pandemik Covid-19), jadi terdapat banyak ketidakpastian.



"Pelajar di institut pengajian tinggi misalnya khuatir akan peluang yang ada apabila mereka keluar bekerja," ujarnya.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >