Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Digital SG baru ditubuhkan untuk mendorong peralihan digitalisasi di kalangan warga emas dan penjaja

May 31, 2020 | 04:15 PM



SEBUAH pejabat digitalisasi baru akan ditubuhkan bagi meningkatkan lagi usaha mendekati segmen masyarakat yang sukar untuk didekati selain menggalak mereka beralih kepada penggunaan alat digital. 



Dikenali sebagai Pejabat Digital SG (SDO), pemerintah akan mengerahkan seramai 1,000 duta digital menjelang akhir bulan depan untuk membantu mengajar dan menggalak para pegerai dan warga emas cara menggunakan alat digital seperti sistem pembayaran elektronik (e-bayaran) dan kod SGQR.



Dalam satu kenyataan bersama hari ini (31 Mei), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata duta digital ini akan dikerahkan ke semua 112 pusat penjaja dan pasar di serata negara.



Kod SGQR membolehkan para pegerai menerima bayaran melalui 19 penyedia bayaran yang berbeza, seperti Dash, GrabPay serta PayLah.



Daya usaha ini akan dipertingkatkan lagi pada Julai nanti yang akan merangkumi kedai kopi dan kantin di kawasan perindustrian. 



SDO berharap ia dapat mengggalak seramai 18,000 pegerai untuk beralih kepada sistem e-bayaran bersepadu menjelang Jun 2021.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran berkata: “Covid-19 telah mengubah cara kita menjalani kehidupan. 



“Meskipun ada di antara kita yang dapat membuat penyesuaian yang diperlukan untuk bekerja, belajar atau bersosial dari rumah dengan menggunakan hubungan digital, sebilangan warga emas dan golongan rentan masih perlukan bantuan. 



“Kehidupan mereka dapat menjadi lebih baik jika mereka juga terhubung secara digital. Pemerintah sedar bahawa setelah Covid-19, digitalisasi kian menjadi penting dan merupakan satu peluang. Digitalisasi dapat meningkatkan mutu kehidupan rakyat kita dengan ketara.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >