Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Mufti perjelas penetapan Zulhijah, Hari Arafah

Aug 19, 2018 | 06:05 PM



SETIAP negara harus menentukan terbit     anak bulan (hilal) di kawasan masing-masing   dan tidak  terikat pada  penentuan    di Makkah  oleh   kerajaan Arab Saudi, jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Setiap orang pula berkewajipan mengikut penentuan  awal  Zulhijah di negara masing-masing. Oleh itu, apabila telah disabitkan bila 1   Zulhijah di Singapura,  hari kesembilan  dari  hari pertama itu adalah  Hari Arafah dan merupakan hari disunatkan berpuasa Hari Arafah.



Muis menjelaskan ini dalam satu  irsyad, atau panduan, berkaitan penetapan Hari Raya Aidiladha dan Hari Arafah yang dikeluarkan Pejabat Mufti semalam.



Ia  menyatakan ada kala tarikh Aidiladha dan wuquf di Arafah, di Arab Saudi, yang ditetapkan di sini berbeza daripada di Arab Saudi. Ini menimbulkan   pertanyaan apakah Muslim Singapura harus berpuasa sunat Hari Arafah pada  9 Zulhijah yang ditetapkan di sini atau pada hari  jemaah haji melakukan wuquf.



Menurut Muis, ketetapan awal bulan Hijrah baru  perlu mengikuti penglihatan, atau terbit, anak bulan  di ufuk pada hari ke-29 bulan sebelumnya. Jika anak bulan baru tidak kelihatan   pada malam ke-29 itu,  bulan sebelumnya    digenapkan kepada 30 hari dan hari berikutnya dianggap sebagai 1  haribulan bagi bulan baru.



Ini berdasarkan bimbingan agama yang terdapat dalam hadis dan amalan umat Islam.



Menurut irsyad itu, isu perbezaan zon melihat anak bulan (mathla’), atau tempat terbitnya anak bulan telah dibincangkan oleh ulama silam. Pendapat  muktabar (terkenal) dalam kalangan   Mazhab Syafii ialah permulaan sesebuah bulan di sesebuah tempat ditentukan oleh zon melihat anak bulan tempat itu.



Ikrimah, Al-Qosim bin Muhammad, Salim bin Abdillah bin Umar, Ibu Abbas ra, Imam Malik dan Ishaq bin Rahuyah juga berpegang pada pendapat  ini.



Al-Khatib Al-Syarbini, misalnya, menjelaskan  dalam bukunya Mughni Al-Muhtaaj: “Dan apabila hilal dilihat di sesebuah negara, maka wajiblah negara-negara jiran mengikutinya, seperti  bandar Baghdad dan bandar Kufa; tetapi tidak bagi negara-negara yang terletak jauh daripadanya, seperti Hijaz dan Iraq.”



“Mathla’ atau  tempat terbit  hilal di Singapura dan rantau Asia Tenggara  berbeza daripada  Arab Saudi.  Arab Saudi terletak jauh di   barat  Singapura, dan  juga ada  perbezaan masa ketara antara dua negara ini.



“Atas sebab-sebab ini, kedudukan bulan baru apabila ia dilihat di   Arab Saudi adalah lebih tinggi berbanding apabila ia dilihat di rantau ini.



“Oleh itu, adalah tanggungjawab seseorang Muslim untuk mengikut tarikh yang telah ditentukan oleh negaranya.



“Jika  1   Zulhijah telah ditentukan di Singapura, maka 9   Zulhijah – yang merupakan Hari Arafah – harus berdasarkan tarikh  1  haribulan yang telah ditetapkan itu,” ujar irsyad berkenaan.

Memandangkan 1 Zulhijah di Singapura  ditetapkan jatuh pada 13 Ogos lalu, maka 9 Zulhijah di sini   jatuh lusa, iaitu Selasa 21 Ogos.



Ini bermakna puasa sunat Hari Arafah harus dilakukan lusa.



Bagaimanapun, Pejabat Mufti menasihatkan: “Tidak kira apa pendapat yang kita pegang, Pejabat Mufti ingin menasihatkan masyarakat Islam supaya mengelakkan daripada mengkritik atau merendah-rendahkan pandangan orang lain dalam hal ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >