Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Peguam Negara Singapura sahkan bantu Switzerland siasat 1MDB

Apr 13, 2016 | 08:34 AM



JABATAN Peguam Negara (AGC) Singapura sedang membantu rakan sejawatannya dari Switzerland berhubung siasatannya ke atas syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Sebagai respons kepada pertanyaan media, AGC mengesahkan pada Selasa (12 Apr) bahawa ia telah menerima permintaan bagi bantuan undang-undang bersama daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG), berkaitan maklumat dan dokumen mengenai aliran dana tertentu daripada 1MDB dan entiti yang ada kaitan dengannya.



AGC akan "memberi segala bantuan yang mungkin... dengan cepat", katanya.



Kenyataan AGC itu menyusuli kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Switzerland itu, yang telah melanjutkan siasatan jenayah tersebut kepada dua bekas pegawai Amiriah Arab Bersatu (UAE) bertanggungjawab bagi dana kekayaan Abu Dhabi, kerana disyaki melakukan penyelewengan terhadap 1MDB.



Pihak berkuasa Swiss Ogos lepas memulakan siasatan ke atas 1MDB berhubung tuduhan merasuah pegawai awam asing dan pengubahan wang haram.



1MDB terbabit dalam skandal rasuah dan menjadi subjek siasatan di sekurang-kurangnya tujuh negara.



Siasatan Switzerland melibatkan bon yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat 1MDB untuk membiayai pelaburan dalam loji kuasa elektrik.



Anak-anak syarikat 1MDB itu mendapatkan jaminan untuk membayar balik bon tersebut daripada International Petroleum Investment Company (Ipic), syarikat dana kekayaan negara Abu Dhabi.



Sebagai balasan, 1MDB harus membuat bayaran cagaran dan bayaran lain kepada anak syarikat Ipic.



Bagaimanapun, pihak berkuasa Switzerland mengesyaki jumlah yang dibayar tidak dikembalikan kepada Ipic. Sebaliknya, ia disalurkan kepada dua pegawai awam serta sebuah syarikat industri perfilimen, kata OAG dalam kenyataannya.



Sebuah bekas entiti 1MDB, yang telah didakwa dalam prosiding Switzerland, juga didakwa mendapat manfaat daripada wang yang dibayar itu.



Ipic juga telah berkata ia tidak menerima wang yang dibayar.



Sebagai sebahagian daripada siasatan itu, OAG mengeluarkan dua permintaan bagi bantuan undang-undang bersama kepada Luxembourg dan Singapura.



"Dengan kerjasama antarabangsa, OAG sedang berusaha untuk memastikan fakta," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >