SEBUAH Pejabat Pofma baru dalam Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi mentadbirkan Rang Undang-Undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian akan ditubuhkan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran, di Parlimen semalam.
Encik Iswaran berkata pejabat baru itu akan menjadi pihak berkuasa yang layak dan cekap, dengan salah satu fungsi utamanya adalah untuk melaksanakan arahan menteri.