Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Pofma akan kenakan arahan pembetulan khusus atas Twitter berkaitan ciapan aktivis Jolovan Wham

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian) supaya mengeluarkan arahan pembetulan khusus kepada Twitter, kata kementerian itu semalam.



Ini selepas aktivis Encik Jolovan Wham tidak mematuhi arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atasnya kelmarin.



Encik Wham telah membuat komen di jaringan media sosial Twitter yang memberi tanggapan salah terhadap apa yang disampaikan Encik Shanmugam mengenai kedaulatan undang-undang di Parlimen pada 4 Oktober.



Encik Wham menulis dalam posnya pada 6 Oktober itu:



"'Kedaulatan undang-undang merupakan satu konsep bagi peguam, tetapi tidak beroperasi dalam kehidupan harian,' K Shanmugam, Menteri Undang-Undang."



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ciapan yang diterbitkan Encik Wham itu memberi tanggapan palsu bahawa Encik Shanmugam berpendapat kedaulatan undang-undang tidak beroperasi dalam kehidupan harian, termasuk di Singapura.



Arahan Pofma itu menghendaki Twitter memberitahu pengguna yang telah melihat ciapan Encik Wham itu bahawa ia mengandungi dakwaan palsu mengenai pandangan menteri tentang kedaulatan undang-undang.



Encik Wham sebelum ini diarahkan supaya menerbitkan satu notis pembetulan di platform dalam taliannya.



MHA Khamis lalu mengeluarkan surat kepada sembilan entiti, meminta mereka memperbetulkan kenyataan palsu dan memohon maaf berkaitan apa yang disampaikan Encik Shanmugam.



Selain Encik Wham, mereka adalah aktivis Andrew Loh, Kirsten Han, Martyn See, Julie O'Connor, Kokila Annamalai dan Lynn Lee; ketua Peoples Voice, Lim Tean; dan laman Facebook Wake Up Singapore.



Kenyataan palsu itu juga disiarkan oleh laman web berita Mothership dalam satu artikel pada Rabu lalu.



Sehingga kelmarin, mereka semua, kecuali Encik Wham, telah memperbetul meminta maaf atas pos masing-masing.



Mothership telah menerbitkan nota editor untuk menjelaskan dan membetulkan kenyataan salah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >