MENTERI Undang-Undang telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan terhadap “National Times Singapore”, dan Arahan Pembetulan Disasar ke atas Facebook.
Dalam catatan yang diterbitkan pada 15 Mei 2020, halaman Facebook “National Times Singapore” telah membuat banyak kenyataan palsu mengenai skop dan pengamalan Pofma, kata kenyataan Pejabat Pofma pada Rabu (27 Mei).
Untuk fakta kes, sila rujuk artikel Faktually, “Pembetulan dan penjelasan mengenai pos Facebook oleh National Times Singapore”.
Arah Pembetulan adalah Arahan yang dikeluarkan untuk orang yang telah menyampaikan kepalsuan untuk mempengaruhi kepentingan awam.
Ia memerlukan penerima arahan tersebut menerbitkan notis pembetulan dan memberikan akses kepada fakta yang betul.
Namun arahan itu tidak menghendaki penerima memadamkan kiriman mereka atau melakukan pengeditan pada kandungannya. Ia juga dan tidak mengenakan hukuman jenayah.
Arah Pembetulan Disasar pula merupakan arahan yang untuk Perantara Internet, yang khidmatnya digunakan untuk menyampaikan kepalsuan bagi mempengaruhi kepentingan umum.
Ia menghendaki Perantara Internet menyampaikan notis pembetulan melalui perkhidmatannya kepada semua pengguna di Singapura yang boleh mengakses kepalsuan melalui perkhidmatan tersebut.
Ini supaya pengguna yang melihat kepalsuan pada sesuatu platform itu juga dapat melihat notis pembetulan pada platform berkenaan.