SEBUAH Pejabat Pos Besar (GPO) di pusat beli-belah SingPost Centre, yang merupakan Pejabat Pos Bijak Pertama SingPost, dilancarkan semalam.
GPO - pejabat pos terbesar negara ini - menawarkan khidmat automatik yang mempertingkat kecekapan operasi dan menyediakan akses 24/7 kepada khidmat pos dan khidmat penting lain dalam memenuhi keperluan pelanggan era digital ini.