Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Program Bon Hijau di bawah MOF ditubuhkan

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pejabat baru telah ditubuhkan bagi merancakkan usaha pemerintah dalam bidang bon yang menyokong projek sekitaran, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Pejabat Program Bon Hijau di bawah Kementerian Kewangan (MOF), akan bekerjasama dengan badan-badan berkanun dan membangunkan rangka kerja untuk program bon yang menyokong projek berkaitan sekitaran.



Ia juga akan melibatkan industri dan menguruskan hubungan pelabur.



Pada Ogos lalu, Agensi Sekitaran Nasional (NEA) menjadi badan berkanun pertama untuk menubuhkan rangka kerja nota jangka sederhana berbilang mata wang dan bon hijau, bernilai $3 juta.



Hasil daripada nota yang ditawarkan, akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan prasarana kemampanan kewangan, seperti Tuas Nexus - kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu yang pertama di sini.



Bercakap semasa Sidang Pembiayaan dan Pelaburan Mapan Singapura yang pertama kali diadakan, Encik Wong berkata MOF sedang menyemak semula kadar dan laluan bagi cukai karbon Singapura serta akan memberikan perkembangan mengenainya dalam Belanjawan tahun depan.



"Harga karbon yang tepat adalah penting dalam memastikan kos karbon dihayati dengan sewajarnya dan menghasilkan pengeluaran karbon," katanya.



Encik Wong menambah bahawa Singapura sedang meneliti beberapa inisiatif untuk meluaskan sistem eko kewangan yang menyokong sekitaran.



Ini termasuk rancangan untuk meluaskan pasaran kredit karbon.



Pertubuhan yang mendapati sukar untuk mengurangkan atau menghentikan pengeluaran karbon boleh menggunakan kredit sedemikian untuk mengimbanginya.



"Pasaran untuk kredit karbon secara sukarela sangat besar.



"Ia juga penting kerana kredit karbon boleh menolong pembiayaan secara langsung bagi projek tindakan iklim yang jika tiada bantuan, sukar untuk dijalankan," tambah Encik Wong.



Singapura juga akan menggalak pembiayaan dan pelaburan yang mapan untuk mengembangkan bekalan dan permintaan untuk pelaburan yang menyokong sekitaran, jelas beliau.



"Pemerintah akan menerajui dengan menetapkan rangka kerja dan peraturan, mengujinya dengan menawarkan dahulu dan mencari cara untuk mengumpul dan menghubungi pihak berkepentingan yang berbeza," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >