Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat selaras program Negara Bijak dibentuk

Nov 24, 2014 | 03:21 PM



SEBUAH pejabat akan dibentuk di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri untuk menyelaras usaha pemerintah demi membina sebuah Negara Bijak yang memanfaat teknologi demi mempertingkat kehidupan rakyat.


Pembentukan Pejabat Program Negara Bijak (SNPO) itu diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Infokom Nasional di Marina Bay Sands hari ini, Isnin.


Encik Lee berkata SNPO akan diletakkan di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri dan beliau telah melantik Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan untuk menerajui usaha berkenaan.


Dalam pada itu Encik Lee juga mengumumkan pelancaran projek Virtual Singapore yang akan membangunkan peta 3D negara ini yang menyepadukan pelbagai maklumat tentang bangunan dan sekitaran.


Ikuti laporan penuh di Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >