PEKERJA yang membuat tuntutan mendapatkan gaji yang tertunggak atau pemecatan kerja yang tidak wajar antara April tahun lalu dan Mac tahun ini berjaya memperoleh secara keseluruhan $16 juta daripada majikan mereka.
Kira-kira 91 peratus daripada 6,537 pekerja yang membuat tuntutan berjaya menyelesaikan kes mereka di Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) dan Tribunal Tuntutan Pekerjaan. Mereka menerima gaji sepenuhnya atau pampasan, lapor The Straits Times.