SEBUAH kereta telah melanggar dua pejalan kaki di kawasan Little India kelmarin, menyebabkan seorang daripada mereka cedera.
Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut sekitar 5 petang pada hari kejadian.
Ia melibatkan sebuah kereta BMW dan dua pejalan kaki di sepanjang Serangoon Road yang menghala ke Upper Serangoon Road.
Dalam satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook Roads.sg semalam, salah seorang daripada pejalan kaki itu dilihat dilanggar oleh kereta tersebut.
Menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai kemalangan tersebut, polis berkata salah seorang pejalan kaki yang berusia 40 tahun itu tercedera.
Beliau kemudian dibawa ke Hospital Raffles dan didapati masih sedarkan diri ketika perjalanannya ke hospital itu.
Menurut polis, pemandu kereta BMW, merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun.
Lelaki itu didapati memandu dalam keadaan mabuk.
Polis masih sedang menyiasat kemalangan tersebut.