Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejalan kaki meninggal dunia dilanggar bas SBS Transit, pemandu diberkas

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pejalan kaki wanita berusia 46 tahun meninggal dunia semalam selepas dilanggar sebuah bas SBS Transit di Ang Mo Kio Avenue 3.



Pemandu bas yang berusia 56 tahun itu telah ditangkap kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian.



Dalam kemalangan itu, mangsa terperangkap di bawah tayar belakang bas tersebut.



Wanita itu kemudian dikeluarkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan peralatan penyelamat hidraulik dan kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata SCDF.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang nahas itu yang melibatkan sebuah bas dan seorang pejalan kaki pada 6.47 pagi.



Naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, berkata:



"Kami meminta maaf ini telah berlaku dan sedang cuba menghubungi keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan."



Tambahnya, SBS Transit akan melakukan yang terbaik untuk membantu dan menyokong mereka dalam masa yang mencabar ini.



Sementara itu, SBS Transit juga sedang membantu polis dengan siasatan.



Polis sedang menyiasat nahas tersebut.



Bulan lalu, dua bas Tower Transit bertembung di pusat pertukaran bas Bukit Batok hingga menyebabkan salah satu daripada bas itu terbalik ke sisinya.



Seramai tiga pemandu dan 15 penumpang terlibat dalam kemalangan tersebut.



Kesemua 15 penumpang beradadi dalam bas yang terbalik itu sementara bas yang satu lagi tidak membawa penumpang.



Seorang pemandu bas SBS Transit, yang tidak berada di dalam mana-mana bas, juga cedera dan dibawa ke hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >