Pek kasih hargai guru prasekolah dalam usaha tangani Covid-19
Mar 06, 2020 | 05:30 AM
PEK Kasih bagi guru prasekolah yang memainkan peranan penting dalam menjaga dan mendidik kanak-kanak di tengah-tengah penularan Covid-19.
Demikian yang dilakukan gerakan buruh semalam bagi menghargai sumbangan penting guru-guru di kesemua prasekolah yang menyertai kesatuan sekerja, iaitu kira-kira 80 peratus daripada kesemua prasekolah di sini.