Peka perkembangan sekeliling agar dapat bantu masyarakat dengan lebih baik
SEPANJANG sesi wawancara bersama Muhammad Faaizul Adib Mohd Taha, pelajar 17 tahun itu giat berbual tentang politik dunia dan hal ehwal semasa - satu perkongsian yang jarang dilakukan pelajar madrasah.
Tetapi melihat kepetahannya berbual ternyata laluan Azhar 2.0 - International Baccalaureate (IB) yang diambil Adib memberikannya pengetahuan dan pendedahan meluas tentang apa yang berlaku di dunia sekarang.