Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja 4.0 bantu pekerja lalui perubahan

Chee Meng umum usaha NTUC agar pekerja dapat bersaing dalam ekonomi pesat berubah
Sep 06, 2018 | 05:30 AM



KETUA pergerakan buruh, Encik Ng Chee Meng, semalam mengumumkan rangka kerja baru yang bertujuan membantu pekerja menambah keupayaan bagi memenuhi keperluan industri yang kian berubah.



Reviu ke atas usia persaraan 62 tahun dan usia bekerja semula sehingga 67 tahun pula - yang sedang berlangsung - dijangka selesai dan hasilnya mungkin diumumkan seawal Februari tahun depan, kata Encik Ng dalam wawancara khas bersama Berita Harian (BH) sempena hari ke-100 beliau menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Rangka kerja itu, yang digelar Pekerja 4.0, menggariskan keupayaan yang perlu dicapai pekerja - supaya dapat terus bersaing dalam industri yang berubah - melalui tiga kemahiran utama.



Kemahiran menyesuaikan diri dengan tuntutan kerja baru dan kemahiran menggunakan teknologi baru bertujuan menambah keupayaan umum pekerja, sementara kemahiran teknikal bertujuan menambah keupayaan khusus bagi seseorang pekerja dalam bidang yang diceburi.



Menurut Encik Ng, rangka kerja Pekerja 4.0 ini penting kerana ia memberi matlamat yang ketara untuk dikejar pekerja.



"Tujuan kami, antaranya, adalah untuk menunjukkan kepada pekerja bagaimana mereka boleh menambah kemahiran supaya boleh memenuhi tuntutan industri 4.0... ia membenarkan kami berusaha secara lebih mendalam untuk mengorak perubahan yang bermakna bagi pekerja," kata Encik Ng.



Menurutnya, antara maklum balas yang diterimanya semasa bertemu ketua kesatuan dan pekerja adalah tentang cabaran mereka memahami transformasi industri yang sedang berlaku dan bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan perubahan ini.



Bagi melaksanakan wawasan Pekerja 4.0 - yang diakui Encik Ng sebagai usaha jangka panjang yang berterusan - pergerakan buruh telah memperkenalkan struktur rasmi bagi Majlis Latihan NTUC.



Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Ng ini akan disokong pihak berkepentingan perikatan tiga pihak dari peringkat kepimpinan hingga ke peringkat pekerja.



Ia termasuk enam jawatankuasa latihan bagi enam sektor yang menjadi tumpuan Majlis Ekonomi Masa depan (FEC) - Perdagangan dan Perhubungan, Gaya Hidup, Khidmat Moden, Perkilangan, Khidmat Asas Domestik dan Prasarana Terbina.



NTUC juga sedang mengkaji cara terbaik untuk membantu pekerja secara lebih khusus, mengikut industri.



"Ada pekerja yang kurang berdaya melihat manfaat menambah keupayaan menerusi SkillsFuture, misalnya, walau kita tahu ada banyak manfaatnya. Menerusi Majlis Latihan ini, kami ingin membantu pekerja memahami bahawa jika mereka menambah dan memperdalam kemahiran, ia akan menjadikan mereka relevan kepada majikan mereka," kata Encik Ng.



Encik Ng dilantik sebagai Setiausaha Agung NTUC pada Mei lalu, mengambil alih tugas itu daripada Encik Chan Chun Sing yang kini menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (MTI).



Dalam tempoh itu, selain menekankan peri penting usaha latihan yang lebih terkhusus, NTUC telah mempergiat usaha membantu pekerja, khususnya pekerja bergaji rendah, pekerja lebih tua dan pekerja bebas.



Menurut Encik Ng, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak Bagi Warga Emas (TW3G-OW) yang dianggotainya, dijangka mengumumkan hasil reviu ke atas usia persaraan dan usia bekerja semula sekitar tempoh Belanjawan 2019, yang biasanya diadakan pada Februari atau Mac.



Model Gaji Progresif (PWM) bagi teknisyen lif dan reviu bagi PWM industri landskap akan diumumkan tidak lama lagi.



Laporan lanjut:  Memperkasa pekerja Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >