Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pekerja asing bantu alihkan bas yang halang lalu lintas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja asing bantu alihkan bas yang halang lalu lintas

Jul 12, 2018 | 04:28 PM

SEBUAH bas pelancong rosak di tengah-tengah satu simpang jalan raya yang sibuk semalam (11 Julai).

Pemandu bas itu, yang kelihatan bimbang, berdiri di simpang antara Lower Delta Road dengan Kampong Bahru Road itu sambil melambai-lambai meminta bantuan.

Akhirnya, bantuan tiba apabila sekumpulan pekerja asing yang berada di kawasan itu meninggalkan apa yang mereka sedang lakukan untuk menolong pemandu bas tersebut.

Mereka menolak bas itu agar ia tidak menghalang lalu lintas menghala ke HarbourFront.

Tindakan mereka itu turut meninggalkan kesan pada orang ramai yang menyaksikannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Zye Hensem telah memuat naik video yang menunjukkan pekerja asing itu menolak bas berkenaan sehingga ia tidak menghalang simpang jalan raya itu lagi.

Video itu menarik perhatian pengguna Facebook lain yang memuji pekerja asing tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3