Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja asing boleh pulang ke masyarakat sekali sebulan

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



DENGAN peralihan ke Fasa Tiga, pekerja asing yang menginap di dormitori akan dikembalikan ke masyarakat dalam cara yang terkawal dengan langkah ketat dilaksanakan.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan bersama semalam berkata satu skim perintis akan dimulakan pada suku pertama tahun depan untuk membolehkan pekerja asing di beberapa dormitori memasuki masyarakat sekali sebulan, tertakluk kepada pematuhan Ujian Rutin Berjadual (RRT), pemakaian alat penjejakan kontak dan langkah kehidupan selamat.



"Kami akan terus menjaga keselamatan pekerja asing kami, dan memastikan kami dapat mengesan dan membendung kes atau kelompok baru dengan cepat," kata MOH dan MOM.



Menurut kenyataan itu, sejumlah besar kes Covid-19 di Singapura berlaku di dormitori pekerja asing, dengan 54,505 daripada 58,320 pesakit yang disahkan positif melalui ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) merupakan pekerja asing yang menginap di dormitori.



Terdapat lebih 320,000 pekerja asing yang menginap di dormitori buat masa ini.



Bagaimanapun, kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) di kalangan pekerja asing adalah amat rendah dengan 25 kemasukan ke unit jagaan rapi (ICU) dan dua kematian berkaitan Covid-19.



Hingga Ogos, semua pekerja asing telah diuji sekurang-kurangnya sekali bagi Covid-19.



Pada awal November, lebih 98 peratus pekerja asing yang menginap di dormitori telah dibenarkan untuk sambung kerja.



Setelah menguji semua pekerja asing yang tinggal di dormitori, MOM dan MOH berkata ia akan teruskan dengan RRT ke atas setiap pekerja yang mungkin masih terdedah kepada jangkitan koronavirus itu untuk mengesan dan membendung jangkitan baru dengan pantas.



Semua pekerja sedemikian yang tinggal di dormitori, dan mereka yang bekerja dalam sektor pembinaan, marin dan proses (CMP), telah menjalani RRT sekali setiap 14 hari.



Setelah beberapa kitaran RRT, bilangan jangkitan baru telah kekal rendah dan sejak Oktober, tiada kes baru dikesan di dormitori buat beberapa hari.



MOH dan MOM juga berkata ia sedang memantau kumpulan pekerja asing yang paling awal telah pulih daripada Covid-19 dan buat masa ini terkecuali daripada RRT.



"Kami sedang mengkaji bagaimana antibodi mereka berubah dengan masa. Kami akan menyambung RRT bagi pekerja ini jika kami mengesan antibodi mereka mula berkurangan, atau terdapat bukti jangkitan semula di kalangan mereka. Kami akan meneruskan strategi pengujian rutin agresif berbilang lapisan kami menggunakan kedua-dua PCR dan ART, berserta strategi pengasingan," kata kenyataan itu.



Menjelang hujung bulan ini, MOM dan MOH berkata ia akan menyelesaikan pengagihan alat penjejakan kontak kepada lebih 450,000 pekerja asing yang menginap di dormitori atau bekerja dalam sektor CMP.



Dormitori baru dengan piawaian keselamatan yang diperbaiki juga sedang dibangunkan untuk mengurangkan risiko penyebaran semula Covid-19 di kalangan pekerja asing dan mengurangkan ancaman kesihatan awam baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >