Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Pekerja asing dan pembantu rumah dinasihati tidak keluar pada hari cuti

Mar 25, 2020 | 09:38 PM

PEKERJA asing dan pembantu rumah dinasihatkan supaya tidak keluar rumah atau dormitori pada hari cuti mereka, dengan langkah lebih ketat dilaksana di negara ini untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (25 Mac).
Sekiranya mereka perlu keluar, mereka dinasihatkan agar tidak menghabiskan masa yang lama di luar.

Majikan juga harus tahu ke mana pekerja mereka pergi dan meminta mereka pulang cepat sejurus selesai urusan di luar.

Mereka juga harus mematuhi langkah jarak selamat yang diumumkan pemerintah termasuk menjaga kebersihan peribadi, tidak bersalaman, tidak berkongsi makanan dan memastikan jarak selamat antara satu sama lain.

Menurut kenyataan MOM, mereka juga harus mengelak daripada berkumpul di tempat seperti Little India, Lucky Plaza, City Plaza dan Peninsula Plaza.

“Oleh kerana pembantu rumah biasanya berhimpun dalam kumpulan besar, MOM akan mengambil tindakan untuk meminta mereka bersurai.

“MOM akan meningkatkan pemeriksaan dan pas kerja mereka yang tidak bekerjasama akan dibatalkan,” tambah MOM. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian