Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja asing di Seatown Dormitory antara 38 kes jangkitan Covid-19 baru: MOH

Jan 13, 2021 | 11:27 PM



PEMEGANG permit kerja dari India yang dikenal pasti sebagai satu-satunya kes jangkitan Covid-19 baru di dormitori pada Rabu (13 Januari) menetap di Seatown Dormitory sekitar kawasan barat Singapura.



Dalam kenyataannya pada Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan pekerja asing ini mula bertugas di dalam sektor binaan pada 6 Januari 2021.



Kes ini tiada kaitan dengan mana-mana kes sebelum ini. Beliau tiba di Singapura pada 11 Disember dan menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus hingga 25 Disember.



Menurut MOH, ujian swab yang dijalani pada 21 Disember sewaktu SHN didapati negatif Covid-19. Beliau kemudian diuji negatif bagi koronavirus sekali lagi pada 27 Disember.



Bagaimanapun, ujian selanjutnya pada 12 Januari sebagai sebahagian Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) didapati positif Covid-19. Ujian serologi yang dijalani juga positif.



MOH menambah, melihat pada jarak yang agak panjang antara tempoh perjalanannya dengan ujian Covid-19 yang positif, ia dianggap sebagai kes jangkitan tempatan sedang siasatan epidemiologi diteruskan.



Buat masa ini, kesemua kontak rapat kes ini termasuk di dormitori dan rakan sekerjanya telah diasingkan dan dikuarantin. 



Sebanyak 38 kes jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti pada Rabu. Tiada kes masyarakat sementara kes importnya sebanyak 37 kes.



Kes import ini terdiri daripada tiga warga Singapura dan lima Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Perancis, India, Indonesia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba ke sini dari Indonesia.



Empat kes pula adalah pemegang pas kerja dari India dan Amiriah Arab Bersatu (UAE)



Jumlah terbanyak iaiatu 21 kes pula melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Filipina. Lapan kes dalam kalangan mereka adalah pembantu rumah asing.



Tiga kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Dua daripada mereka adalah anggota keluarga warga Singapura dan PR yang datang dari Poland dan India. Baki satu kes pula dari Brazil dan datang ke sini bagi acara e-Sukan. 



Sebanyak 28 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 56 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya mantap atau kian pulih. Satu kes kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). Sebanyak 177 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >