Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja asing maut dalam nahas di tapak binaan

LTA
Dec 17, 2020 | 05:30 AM



SEORANG pekerja Bangladesh berusia 29 tahun meninggal dunia pagi kelmarin dalam kemalangan di tapak pembinaan Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) di sebelah depot MRT Changi.



Menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku, LTA dalam satu kenyataan berkata: "Semasa kepingan cerucuk diangkut, penyambung kimpalan yang menyatukan dua kepingan cerucuk itu pecah. Akibatnya kepingan itu menghempap seorang pekerja. Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."



Kepingan cerucuk biasanya dibuat daripada besi, kayu atau konkrit. Ia digunakan dalam pembinaan untuk membantu mempertahankan tanah dan memberikan sokongan penggalian, dan boleh menjadi struktur kekal atau sementara.



"Batas waktu keselamatan telah dikuatkuasakan di T315 (tempat kerja) agar kontraktor dapat menyemak semula proses kerja yang berkaitan dengan mengangkat kepingan cerucuk," kata seorang jurucakap, sambil menambah bahawa LTA sedang membantu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan polis dalam siasatan mereka.



LTA berkata berkata pihaknya sedih dengan kejadian itu dan akan bekerja rapat dengan Lum Chang Building Contractors untuk membantu keluarga mangsa.



Menurut MOM, mangsa bekerja dengan syarikat BLT Geoworks.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >