MENJELANG RAMADAN
Pekerja asing turut bantu bersihkan masjid
Jun 05, 2016 | 05:30 AM
PEKERJA Bangladesh merupakan antara tenaga sukarelawan utama yang membantu membersihkan Masjid Al-Islah menjelang Ramadan ini.
Daripada 35 pekerja yang hadir membantu, 20 merupakan pekerja Bangladesh yang berhempas pulas menyingsing lengan membersihkan masjid yang baru berusia setahun itu dari 9 pagi hingga 6 petang, hujung minggu lalu.