Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pekerja asing turut disediakan vaksin

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



VAKSIN Covid-19 akan disediakan kepada pekerja asing di sini dalam usaha melindungi masyarakat luas, dengan mereka yang berisiko lebih tinggi akan diberikan vaksin itu dahulu, kata Menteri Kedua (Tenaga Manusia), Dr Tan See Leng.



Dr Tan berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini sedang mengatur jadual dan butiran bersama Kementerian Kesihatan (MOH), bergantung pada jadual penghantaran vaksin, dan akan membuat pengumuman apabila bersedia kelak.



"Saya boleh berkongsi bahawa usaha vaksinasi ini akan disertakan dengan kempen komunikasi menyeluruh untuk memaklumkan kepada pekerja asing tentang keselamatan dan manfaat vaksin ini.



"Kesan sampingan yang biasa dan risiko reaksi alahan juga akan dijelaskan. Komunikasi bersama pekerja asing akan dilakukan menerusi video, risalah dan buku kecil dalam bahasa ibunda mereka," kata beliau.



Dr Tan berkata kehidupan secara beramai-ramai dan keadaan bekerja pekerja asing di dormitori menjadikan mereka berisiko lebih tinggi mendapat jangkitan dan pembentukan kelompok besar.



Oleh itu, vaksin yang akan disediakan kepada mereka akan membantu mengurangkan jumlah beban virus, yang kemudian akan mengurangkan risiko keseluruhan dan membantu melindungi masyarakat luas daripada penularan virus, kata beliau.



Ia juga akan mengurangkan beban ke atas pekerja dan kemudahan penjagaan kesihatan.



Menjawab soalan susulan Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Encik Leon Perera (GRC Aljunied), tentang sama ada golongan pekerja asing akan turut menerima vaksin dalam garis masa yang sama seperti seluruh negara, Dr Tan berkata pemerintah akan mengutamakan pekerja asing dan vaksin akan diberikan dalam garis masa yang sama.



"Namun, keutamaan juga akan bergantung pada tahap risiko dormitori, dan mereka yang berisiko lebih tinggi akan diberikan vaksin itu dahulu," tambah beliau.



Kes-kes di dormitori pekerja asing membentuk sebahagian besar, atau lebih 90 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura.



Singapura melaporkan dua kes Covid-19 dalam dormitori pekerja asing yang pertama pada 29 Mac tahun lalu. Sehari kemudian, timbul kelompok dormitori pekerja asing yang pertama di mana empat kes disahkan, termasuk dua kes pekerja asing itu, yang membentuk kelompok baru di S11 Dormitory@Punggol.



Dari situ, mula timbul beberapa kelompok dormitori yang lain, dengan negara ini mencatatkan lebih 1,000 kes Covid-19 melibatkan pekerja asing semasa kemuncaknya pada April tahun lalu.



Jumlah kes harian di dormitori mula merosot kepada satu angka pada Oktober tahun lalu, dengan tiada kes Covid-19 dilaporkan di dormitori buat kali pertama dalam lebih enam bulan pada 13 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >