Pekerja Bangladesh 31 tahun kes tunggal dormitori baru S'pura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pekerja Bangladesh 31 tahun kes tunggal dormitori baru S'pura

Feb 28, 2021 | 11:19 PM

SEORANG warga Bangladesh berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penolong penghantaran merupakan satu-satunya kes koronavirus baru dari dormitori pekerja asing yang disahkan pada Ahad (28 Feb).

Lelaki berkenaan, yang bekerja di syarikat Chng Woodworking Pte Ltd, menetap di sebuah dormitori di Kranji Way, menurut Kementerian Kesihatan (MOH). 

Beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan Kes 604321, juga seorang warga Bangladesh berusia 35 tahun yang turut bekerja di syarikat sama, lantas dikuarantin di kemudahan khusus pada 23 Februari. 

Kes terbaru ini telah diuji untuk Covid-19 sebagai sebahagian daripada protokol menguji individu dalam kuarantin walaupun beliau asimptomatik. Keputusan ujian swab pada 26 Februari mengesahkan beliau dijangkiti. 

MOH berkata tugasan pesakit terkini itu meliputi mengangkat dan memunggah barangan serta tidak berinteraksi dengan pelanggan.

Berita Popular

Selain itu, 10 kes import baru dilaporkan sehingga tengah hari Ahad.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map