Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja Bangladesh berbuka puasa dengan juadah negara asal mereka

MOM
May 09, 2020 | 08:46 AM



PEKERJA warga Bangladesh yang menetap di dormitori Westlite Juniper di Mandai berpeluang berbuka puasa dengan juadah dari negara asal mereka semalam.



Sekitar 450 pekerja menerima habuan makanan yang mengandungi snek tradisional dari Bangladesh yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Singapura.



Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad hadir bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Singapura, Encik Md Mustafizur Rahman untuk mengagihkan pakej tersebut sebelum memberi ucapan ringkas sambil menerangkan tentang langkah pemutus litar.



Beliau turut memberi jaminan bahawa keperluan setiap pekerja asing sedang diusahakan.



Dalam satu catatan Facebook semalam, Encik Zaqy berkata suruhanjaya itu telah menulis kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) secara langsung untuk meluahkan penghargaan mereka atas bantuan kementerian tersebut di tengah-tengah keadaan Covid-19.



“Saya juga gembira melihat para pekerja rata-rata berada dalam keadaan baik. Marilah kita teruskan usaha untuk membanteras wabak Covid-19,” tulis Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >