Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA

Pekerja bebas industri sukan akan terima lebih banyak bantuan dengan geran baru

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA bebas dalam industri sukan akan menerima lebih banyak bantuan dengan geran baru yang bertujuan membantu mewujudkan lebih banyak projek untuk mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan warga Singapura semasa pandemik Covid-19.



Jumlah $25 juta akan ditambah kepada Pakej Daya Tahan Sukan demi memberi lebih banyak sokongan kepada pekerja bebas dan memperluas geran sedia ada untuk menyokong pembangunan keupayaan bagi pertubuhan sukan.



Tokokan tersebut diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong semalam dalam perbahasan elanjawan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Tahun lalu, sebanyak $50 juta diperuntukkan bagi pakej tersebut untuk membantu sektor sukan yang terjejas oleh pandemik.



Antara inisiatif baru yang diperkenal termasuk Geran Projek Individu Bekerja Sendiri bernilai $2.5 juta yang bertujuan memberi sokongan kepada kerjasama antara pekerja bebas dan perniagaan untuk membangunkan projek bagi mempertingkat kesihatan serta kesejahteraan warga Singapura.



Geran tersebut dihadkan pada $25,000 bagi setiap permohonan.



Menurut Encik Tong, geran tersebut akan membentuk lebih banyak peluang untuk individu yang bekerja sendiri, menyokong pembangunan keupayaan melalui rancangan dan perlaksanaan projek serta membantu meneruskan aktiviti sukan dan masyarakat.



"Kami sedar peranan penting yang dimainkan pekerja bebas dan mereka yang bekerja sendiri, dan kami ingin menyokong anda," kata Encik Tong.



Sementara itu, Geran Inovasi Perusahaan dan Pembangunan Keupayaan yang dilancarkan Jun lalu akan menerima tokokan sebanyak $22.5 juta dan dilanjutkan selama lima tahun sehingga 2025.



Agensi sukan nasional Majlis Sukan Singapura (SportSG) akan mengeluarkan perincian bagi permohonan kededua geran tersebut di lamannya bulan depan.



Daya usaha lain untuk memberi sokongan tambahan kepada sektor sukan juga akan dilanjutkan, walaupun jumlah sokongan itu akan dikurangkan sedang industri tersebut dibuka secara perlahan.



Geran Operasi $13.5 juta yang dilancarkan di bawah Pakej Daya Tahan Sukan tahun lalu akan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.



Geran tersebut membantu perusahaan seperti akademi sukan dan pengendali liga untuk mengurangkan kos operasi mereka.



Namun, kuantum geran akan dikurangkan kepada 15 peratus daripada perbelanjaan operasi yang dihadkan kepada $10,000 sebulan.



Ini berbanding 25 peratus dan had $15,000 sebulan sebelum ini.



Sementara itu, MCCY juga akan melanjutkan Geran Elaun Latihan untuk jurulatih sukan hingga akhir tahun mulai April tahun ini hingga Mac tahun depan, meskipun jumlah bantuan akan berkurangan.



Buat masa kini, jurulatih akan menerima elaun $10 sejam apabila mereka menjalani kursus dengan akademi latihan SportSG di luar tempoh Pendidikan Berterusan untuk Jurulatih.



Program tersebut memberikan peluang kepada jurulatih untuk mempertingkat kemahiran mereka.



Dengan lanjutan geran tersebut, elaun akan dihadkan kepada $7.50 sejam.




"Kami sedar peranan penting yang dimainkan pekerja bebas dan mereka yang bekerja sendiri, dan kami ingin menyokong anda."
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >