Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja berpendapatan rendah dan pertengahan terima sokongan tambahan di bawah Geran Pemulihan Covid-19 baru

Dec 16, 2020 | 02:21 PM



PEKERJA bergaji rendah hingga pertengahan serta mereka bekerja sendiri yang masih terjejas secara kewangan oleh Covid-19 boleh memohon bantuan di bawah satu geran baru.



Mereka boleh memohon untuk Geran Pemulihan Covid-19 (CRG), mulai 18 Januari tahun depan, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini (16 Disember). 



Golongan yang menganggur kerana diberhentikan kerja atau pembatalan kontrak secara tidak sukarela serta dikenakan cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, boleh menerima sokongan kewangan sehingga $700 sebulan.



Pekerja yang mengalami kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya secara purata 50 peratus, selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, boleh menerima sehingga $500 sebulan selama tiga bulan.



Bantuan tersebut juga boleh diterima oleh golongan bekerja sendiri, yang kehilangan pendapatan dagangan bersih (NTI) sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, berbanding NTI bulanan purata pada 2019 atau 2020.



Pemohon perlu mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kasar $7,800 atau kurang; atau pendapatan per kapita bulanan bernilai $2,600 atau kurang, sebelum terjejas oleh Covid-19.



Para individu boleh memohon untuk CRG secara dalam talian menerusi laman go.gov.sg/CRG. Tarikh permohonan ditutup pada 31 Disember tahun depan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >