Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan jantung jejas kesihatan

Pekerja bersyukur majikan tawar tugasan baru, waktu fleksibel

Inisiatif hotel Royal Plaza on Scotts diiktiraf apabila terima Anugerah Perikatan Tiga Pihak 2021 dalam kategori kecemerlangan pekerjaan-kehidupan baru-baru ini
Aug 29, 2021 | 05:30 AM



AKIBAT serangan jantung yang dialaminya dua tahun lalu, Encik Abdul Jalil Yusoff mendapati kesihatan dan staminanya terjejas untuk menjalankan tugasnya sebagai pegawai concierge di hotel Royal Plaza on Scotts.



Encik Jalil, yang sudah bekerja di hotel itu selama 28 tahun, membincangkan tentang keadaan kesihatannya itu bersama pengurus beliau dan meminta agar diberikan aturan waktu kerja yang fleksibel selama 22 jam seminggu.



Ini memandangkan beliau perlu melakukan dua tugas sebagai pegawai concierge yang membantu tetamu dengan pertanyaan dan mencadangkan lawatan serta tempat menarik yang boleh dikunjungi dan juga sebagai pegawai yang menguruskan bagasi tetamu pada ketika itu.



"Mereka memahami keadaan saya dan menyesuaikan jadual kerja saya sewajarnya," kata beliau, yang berusia 64 tahun.



Malah, semasa pandemik Covid-19 di mana sektor hospitaliti terjejas dan tugas concierge seperti yang dilakukan Encik Jalil tidak diperlukan, beliau ditawarkan kerja dalam bidang perkemasan selepas majikannya mengambil pertimbangan keadaan kesihatan beliau.



"Saya mengambil tawaran itu, mengekalkan fikiran positif dan menyesuaikan diri pada peranan baru saya.



"Saya gembira dengan tugas yang saya lakukan hari ini dan mengetahui bahawa saya masih berharga untuk syarikat saya," kata beliau.



Encik Jalil akur yang beliau mulanya bimbang akan kehilangan pekerjaan apabila Covid-19 melanda kerana peranannya sebagai pegawai concierge tidak lagi diperlukan.



Namun setelah diberi waktu kerja fleksibel dan dikerahkan semula ke jabatan perkemasan, rasa kekhuatiran itu lenyap.



Dengan keprihatinan mereka terhadap kebajikan kakitangan, hotel Royal Plaza on Scotts itu baru-baru ini menerima Anugerah Perikatan Tiga Pihak 2021 dalam kategori kecemerlangan pekerjaan-kehidupan.



Anugerah kategori itu mengiktiraf syarikat yang menerapkan strategi mengimbangi pekerjaan dan kehidupan cemerlang yang memaksimumkan prestasi kakitangan sambil membantu mereka menguruskan keharmonian antara tugas dengan kehidupan.



Hotel Royal Plaza on Scotts merupakan antara 21 pertubuhan yang menerima Anugerah Perikatan Tiga Pihak tahun ini.



Anugerah itu mengiktiraf pertubuhan yang telah melaksanakan amalan pekerjaan yang adil, bertanggungjawab dan progresif secara berkesan.



Encik Jalil berkata budaya tempat kerjanya sesuai dengan diri beliau dan kakitangan hotel itu dijaga dengan baik oleh majikan mereka.



"Kami melayani satu sama lain lebih daripada sekadar rakan sekerja.



"Kami mempercayai dan menghormati satu sama lain. Selain itu, manfaat bagi kakitangan juga menarik," kata beliau.



Encik Jalil berkata beliau ingin belajar lebih lanjut tentang tugas perkemasan kerana ia merupakan skop kerja yang luas dan beliau yakin terdapat banyak lagi peluang untuk dirinya selain tugas pembersihan.



Meskipun sudah hampir tiga dekad bekerja bersama hotel itu, Encik Jalil tiada rancangan untuk bersara pada masa ini.



"Saya akan terus bekerja selagi saya sihat dan syarikat saya mempunyai tempat untuk saya menunjukkan rasa terima kasih kepada Royal Plaza on Scotts," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >