Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja bidang kejuruteraan berpeluang dalami kemahiran

Susuli kerjasama antara pihak kesatuan sekerja, e2i dan Politeknik Singapura
Oct 09, 2018 | 05:30 AM



PEKERJA bidang kejuruteraan elektronik, kejituan dan jentera (EPME) kini berpeluang meraih kemahiran dalam menggunakan teknologi bijak di bawah satu kerjasama baru.



Ini selepas Kelompok EPME Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i) menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Politeknik Singapura (SP) di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair semalam.



Kerjasama itu bertujuan mewujudkan kerjasama industri yang lebih mendalam, melengkapi golongan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi bijak, di samping membantu syarikat berkembang maju ke arah industri 4.0 - iaitu industri yang memanfaatkan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan.



NTUC, e2i dan SP, dalam satu kenyataan bersama, menyatakan sekitar 1,000 pekerja EPME dijangka meraih manfaat daripada kerjasama itu.



Di bawah MOU itu, NTUC akan bekerjasama dengan SP menerusi Akademi Pendidikan Berlanjutan Dewasa dan Profesional (Pace) SP untuk membangunkan program latihan dan pensijilan pembuatan lanjutan dan industri 4.0.



Pekerja juga akan melalui analisis profil kemahiran agar jurang dalam kemahiran dapat dikenal pasti, dan mereka juga boleh menyertai latihan yang relevan untuk merapatkan jurang dalam kemahiran itu.



Syarikat dalam kelompok EPME juga boleh bekerjasama dengan SP bagi projek perintis untuk mencipta bersama huraian dalam pembuatan lanjutan dalam usaha menggalak penggunaan teknologi bijak yang lebih luas.



Syarikat kecil dan sederhana (SME) yang tidak mempunyai sumber untuk membuat prototaip atau membina makmal inovasi, boleh memanfaatkan kemudahan dan ilmu teknikal SP untuk menguji peralatan atau sofwe baru.



Acara lawatan ke tempat kerja akan juga dianjurkan NTUC dan SP untuk membolehkan pekerja dan rakan pengurusan mempelajari lebih lanjut tentang industri 4.0 dan amalan terbaik dalam sektor EPME.



Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong, yang juga ketua penyelia Kelompok EPME NTUC, berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan e2i dan SP untuk membantu pekerja dan syarikat lebih memahami tentang industri 4.0 dan bagaimana mereka boleh memanfaatkan peluang itu untuk beralih pada pembuatan yang tambah nilainya lebih tinggi.



"Kerjasama ini adalah yang pertama dalam satu siri kerjasama di mana anda akan melihat NTUC bekerjasama dengan institut pengajian tinggi yang berlainan untuk membawa pembelajaran dan latihan lebih dekat kepada pekerja di seluruh Singapura.



"Ini menjadikannya lebih mudah bagi mereka mempertingkat kemahiran," kata beliau.



"Kerjasama ini adalah yang pertama dalam satu siri kerjasama di mana anda akan melihat NTUC bekerjasama dengan institut pengajian tinggi yang berlainan untuk membawa pembelajaran dan latihan lebih dekat kepada pekerja di seluruh Singapura. Ini menjadikannya lebih mudah bagi mereka mempertingkat kemahiran."
- Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >