Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Pekerja binaan cabul budak lelaki 11 tahun dalam MRT

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja binaan cabul budak lelaki 11 tahun dalam MRT

Mar 09, 2019 | 05:30 AM

SEORANG pekerja binaan telah mencabul seorang budak lelaki berusia 11 tahun dalam tren MRT walaupun bapa budak itu sedang berdiri berhampiran.

Atas kesalahan itu, Faruk Abdulla Al, 27 tahun, asal Bangladesh, dijatuhi hukuman penjara 15 minggu semalam.

Hakim Ng Cheng Thiam mendapati Faruk bersalah atas tuduhan mencabul bulan lalu selepas perbicaraan selama dua hari.

Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan bapanya dalam perjalanan melawat neneknya di Tampines pada 4 Disember 2017.

Mereka menaiki tren di stesen Boon Lay dan sedang berdiri apabila Faruk datang ke arah mereka selepas menaiki tren yang sama di Jurong East sekitar 12.30 tengah hari. Dia kemudian berdiri di samping budak itu tanpa menyedari bahawa bapa budak tersebut sedang berdiri berdekatan. Sedang tren itu bergerak ke arah stesen Clementi, Faruk memulakan perbualan dengan budak itu dengan menepuk bahu kiri budak itu untuk menarik perhatiannya.

Mahkamah diberitahu mereka mula berbual dan Faruk meletakkan tangan kirinya di bahu kiri budak itu. Sedang tren bergerak dari Clementi ke stesen Redhill, Faruk menurunkan tangannya ke bawah dan cabul budak itu, kata DPP Lai.

Bapa budak itu, yang ternampak Faruk melakukan kesalahan tersebut, terus berdepan dengannya sambil bertanya: "Kenapa awak menyentuh anak saya?"

Menurut DPP Lai, Faruk kemudian memohon maaf, malah berlutut supaya dimaafkan.

Bapa budak itu membawa Faruk ke stesen kawalan di stesen Tiong Bahru dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis di mana Faruk kemudian ditangkap.

Atas tuduhan mencabul budak lelaki itu, Faruk boleh dipenjarakan sehingga lima tahun dan didenda atau dirotan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3