Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Pekerja binaan terbunuh ketika baiki lubang di jalan raya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja binaan terbunuh ketika baiki lubang di jalan raya

Dec 23, 2017 | 03:33 PM

Seorang pekerja binaan berusia 33 tahun terbunuh dalam satu kemalangan ketika beliau dikatakan sedang membaiki lubang di West Coast pada  Jumaat (22 Dis).

Gambar yang dipos di laman Facebook Safety Watch - SG menunjukkan seorang lelaki terbaring di jalan dengan paramedik merawatnya.

Polis memberitahu The Straits Times pada hari Sabtu bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan dua lori dan sebuah trak di West Coast ke arah Jalan Buroh, pada 4.49 petang, Jumaat.

Lelaki berkenaan ditemui tidak bergerak dan disahkan telah meninggal oleh paramedik di tempat kejadian.

Pekerja itu, seorang warga India, difahamkan sedang membaiki lubang di jalan raya.

Terdapat dua kenderaan berhenti di situ ketika itu - sebuah lori dan sebuah trak.

Pekerja itu sedang menyelesaikan tugasnya, membersihkan kon keselamatan, dan sedang kembali ke lori, apabila kenderaan ketiga, sebuah lori lain, mendekati dua kenderaan berkenaan tetapi tidak sempat berhenti sewajarnya.

Ia merempuh trak yang tertolak ke hadapan dan melanggar pekerja asing itu.

Pekerjaan berkenaan disahkan meninggal di tempat kejadian, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Pemandu lori ketiga, seorang lelaki berusia 51 tahun, dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Polis masih menyiasat.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3