Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja binaan warga Bangladesh didakwa biayai kegiatan pengganasan: MHA

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pekerja pembinaan warga Bangladesh didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan membiayai kegiatan pengganasan.



Ahmed Faysal, 27 tahun, didakwa menyumbang hampir $900 secara keseluruhan kepada wadah dalam talian yang bertujuan membiayai kumpulan pengganas Hay'at Tahrir al-Syam (HTS).



Dia hadir di mahkamah secara dalam talian melalui video, dan didakwa di bawah Akta Pengganasan (Penyekatan Pembiayaan).



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata Ahmed mula bekerja sebagai pekerja pembinaan di sini awal 2017 dan terpengaruh oleh fahaman radikal pada tahun berikutnya.



Dia kemudian tertarik dengan matlamat ISIS untuk mewujudkan negara Islam di Syria.



Menurut MHA: "Pada pertengahan 2019, Ahmed Faysal mengalihkan kesetiaan kepada (HTS), kumpulan pengganas lain yang juga ingin mewujudkan negara Islam di Syria."



"HTS disenaraikan sebagai entiti pengganas di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang berkaitan dengan pencegahan dan penyekatan pengganasan dan pembiayaan pengganasan.



Menurut dokumen mahkamah, Ahmed didakwa memindahkan wang itu melalui wadah dalam talian JustGiving, Heroic Hearts Organisation, dan GiveBrite dari Februari hingga Oktober tahun lalu.



Dia dituduh berbuat demikian untuk menyumbang kepada dua kempen mengumpul dana - Bantuan Perubatan Syria dan Rumah Kecemasan Ramadan 2020 untuk Syria.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada ini merupakan wadah palsu yang ditubuhkan untuk menyumbang kepada HTS.



Setiap dakwaan dikatakan melibatkan jumlah wang tunai antara $5 hingga $400.



Dalam kenyataannya, MHA berkata Ahmed sedar sebahagian wang tersebut atau keseluruhannya akan digunakan untuk membiayai kegiatan HTS di Syria.



Jurucakap MHA berkata:



"Tindakan menyumbang wang apabila seseorang mempunyai alasan munasabah untuk percaya ia akan digunakan untuk memanfaatkan entiti pengganas, tanpa mengira jumlah dan tujuannya, merupakan kesalahan serius di bawah (Akta).



"Pengganasan dan pembiayaan pengganasan merupakan ancaman serius terhadap keselamatan domestik dan antarabangsa, dan tindakan global diperlukan untuk menyekat pembiayaan terhadap kumpulan pengganas.



"Singapura merupakan sebahagian daripada usaha global ini dan komited dalam menangani pembiayaan pengganasan, tidak kira sama ada wang tersebut digunakan untuk membiayai kegiatan pengganas di dalam atau luar negara."



Ahmed ditahan susulan perbuatannya itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan dan dikenakan Arahan Penahanan.



Mahkamah diberitahu dia ingin mengaku bersalah pada 16 Februari tahun depan.



Jika disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara, Arahan Penahanan yang dikenakan akan dibatalkan dan dia akan menjalani hukuman yang ditetapkan mahkamah.



Untuk memastikan beliau tidak dapat menyebarkan idea radikalnya kepada banduan lain, dia akan menjalani hukuman penjaranya secara berasingan.



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta itu, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun atau didenda hingga $500,000.



Akta Pengganasan (Penyekatan Pembiayaan) diperkenalkan pada 2002 untuk menangani pembiayaan pengganasan.



MHA mengingatkan orang ramai bahawa mereka tidak sepatutnya memindahkan wang atau menyediakan sebarang sokongan kepada pertubuhan pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >