Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja dibawa ke hospital selepas kereta rempuh restoran

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penolong kedai cedera selepas sebuah kereta merempuh sebuah restoran di Pavilion Square di Geylang berikutan perlanggaran dengan bahagian belakang sebuah teksi awal pagi semalam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah dimaklumkan tentang kemalangan dekat 345 Geylang Road itu pada sekitar 1.05 pagi.



Satu rakaman video mengenai kemalangan itu, yang tular dalam media sosial semalam, menunjukkan bahagian kanan bonet kereta itu remuk.



Sekumpulan sekurang-kurangnya 10 orang yang melihat berdiri berhampiran kawasan dikepung juga boleh dilihat dalam video itu.



Mangsa lelaki, 32 tahun, dalam keadaan sedar ketika beliau dibawa ke Hospital Tan Tock Seng oleh pegawai SCDF.



Polis berkata seorang pemandu kereta lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.



Siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >