Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja diizin balik awal bagi habiskan masa bersama keluarga

Aug 17, 2017 | 05:30 AM



SETIAP bulan - setiap Jumaat terakhir - pekerja syarikat No Deviation dibenarkan pulang lebih awal bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga.



Selain itu, syarikat kejuruteraan berorientasikan pelanggan yang menyedia jurutera bagi projek berkaitan industri farmaseutikal itu, bercadang memberi setiap pekerjanya cuti penjagaan anak selama beberapa hari melebihi cuti mereka yang sedia ada.



Pengerusi Operasi Perniagaan No Deviation, Cik Liana Raffort, 41 tahun, berkongsi rancangan syarikatnya itu, yang menekankan pentingnya mewujudkan keseimbangan antara kerja dan keluarga, kepada Berita Harian.



No Deviation antara syarikat yang menyertai acara My Family Weekend (Hujung Minggu Keluarga Saya) anjuran Families for Life.



"Pada 31 Ogos ini, unit operasi dan pentadbiran syarikat kami akan membenarkan warga kerja dan kakitangan mereka membawa anak-anak mereka ke pejabat.



"Ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja dan anggota keluarga mereka, dan dengan tidak secara langsung membolehkan anak-anak bergembira bersama-sama," ujar Cik Raffort.



Selain itu, No Deviation telah melaksana beberapa inisiatif menggalak warga kerjanya meluangkan masa bersama keluarga.



Menurut Cik Raffort, No Deviation percaya akan pentingnya mewujudkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan harian bersama keluarga.



"Kerjaya adalah tugas yang tidak ada akhirnya. Kami percaya bahawa keluarga penting dan mereka akan sentiasa ada. Oleh kerana ia penting, pekerja perlu bijak mengimbangi kerjaya dan hidup bersama keluarga.



"Sebagai seorang ibu dua anak, saya mendapat sokongan padu daripada suami saya dan kami sentiasa cuba membahagikan masa supaya dapat memberi tumpuan yang cukup pada anak-anak kami," kata beliau.



Apabila ditanyakan mengenai inisiatif yang dilakukan pihak Families for Life, Cik Linda berkata:



"Ini inisiatif penting yang membolehkan pekerja meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.



"Kami percaya jika seorang warga kerja itu gembira dalam kehidupan peribadinya, beliau akan turut gembira di tempat kerja."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >