Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja dormitori di Jurong dakwa pihak pengurusan abai keperluan, ketangkasan usahakan rawatan Covid-19

Oct 14, 2021 | 11:13 PM



SATU senario kecoh dengan individu terbabit rasa terabai menyelubungi sebuah dormitori pekerja asing yang baru dibina di Jurong.



Penghuni dormitori itu mendakwa kehidupan di situ begitu menyedihkan dengan mutu sekeliling tidak terjaga dan kurang akses dari segi masa dalam mendapatkan bantuan perubatan segera bagi Covid-19.



Foto dan video situasi di dormitori Westlite Jalan Tukang di Jurong itu telah dimuatnaikkan di beberapa wadah dalam talian pada Selasa (12 Oktober) dengan pekerja di situ meluahkan rasa bingit dek cara mereka dilayan.



Situasi itu sampai ke puncaknya pada Rabu (13 Oktober) apabila penghuni yang berhimpun beramai-ramai di situ bersemuka dengan pihak pengurusan dormitori. Polis rusuhan berperisai kemudian turut dikerahkan.



Sekitar 25 peratus daripada 2,000 pekerja yang menetap di dormitori itu telah diuji positif Covid-19, jelas portal berita berpangkalan WeChat baru-baru ini.



Bagaimanapun, pekerja ini berkata mereka tidak diberi akses sewajarnya bagi sokongan perubatan dan tidak diasingkan seperti yang sepatutnya dilakukan.



Foto yang tersebar dalam talian menunjukkan pekerja yang dipercayai positif Covid-19 tidur di koridor dan laluan pejalan kaki di luar bilik dormitori.



Mereka juga mendakwa mereka melakukan demikian bagi mengelakkan rakan sebilik daripada dilanda virus itu kerana jangkitan yang melanda mereka. Ini memandangkan tiada orang yang datang bagi mengasingkan mereka sedang mereka menanti penjagaan perubatan.



Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ren, 41 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa penghuni di situ bingit dengan kurangnya bantuan perubatan.



"Pihak pengurusan dormitori tidak ambil berat tentang golongan yang sakit. Orang-orang ini sudah sakit selama tujuh atau lapan hari. Demam mereka naik pada paras sangat tinggi dan kita terpaksa buat bising sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya.



Encik Ren telah berhenti kerja dan hanya ingin pulang ke negara asalnya.



Dormitori ini baru sahaja beroperasi pada suku kedua tahun ini.



Ia dibangunkan Jurong Town Corporation (JTC) dan diuruskan Centurion. Kemudahan dengan 3,420 katil itu dikatakan mempunyai "ketetapan perintis baru" yang melanggar undang-undang yang ada kini seperti nisbah pengisian penghuni agar lebih berdaya bingkas menentang pandemik.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu berkata ia menyedari akan dakwaan pelanggaran protokol jagaan kesihatan, kurangnya akses sokongan perubatan dan mutu makanan yang rendah di dormitori ini.



Dalam siasatan awal, MOM mendapati terdapat kelewatan dalam memindahkan pekerja yang diuji positif Covid-19 ke kemudahan yang sewajarnya.



"Kami sedang berusaha mengalihkan mereka yang memerlukan jagaan perubatan lanjut ke kemudahan jagaan kesihatan yang sewajarnya bagi rawatan," kata jurucakap MOM.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >