Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja F&B, kakitangan dalam suasana risiko tinggi di mana pelanggan tidak guna pelitup perlu jalani ujian Covid-19 tetap

Jun 10, 2021 | 06:52 PM



KAKITANGAN yang bekerja dalam suasana berisiko tinggi dengan pelanggan yang tidak menggunakan pelitup perlu menjalani ujian Covid-19 dengan pemerintah membiaya kos ujian ini bagi tiga bulan mendatang.



Tempat-tempat yang dimaksudkan ini adalah premis jualan makanan dan minuman (F&B) di mana pelanggan akan datang untuk menjamu selera, pusat sauna, gimnasium dan studio kecergasan di mana pelanggannya tidak menggunakan pelitup.



Ujian cepat dan mudah (FET) yang wajib akan bermula pada Julai ini buat mereka di premis F&B memandangkan menjamu selera di premis ini dengan kumpulan yang terhad hingga lima orang dibenarkan semula mulai 21 Jun.



Rejim ujian yang diperluas ini diumumkan pada Khamis (10 Jun) oleh pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani Covid-19 seiringan dengan kelonggaran langkah keselamatan dalam dua fasa.



FET menggunakan ujian seperti ujian pantas antigen yang boleh menghasilkan keputusannya dalam tempoh 30 minit dan boleh dilakukan di sesuatu lokasi.



Semua pekerja perlu menjalani ujian ini tanpa mengira status vaksinasi mereka.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tampungan FET akan dipertingkat secara agresif dalam masa beberapa bulan ini dengan ujian wajib dilaksanakan secara progresif di premis lebih besar terlebih dahulu dan kemudian diperluas pula kepada perniagaan lebih kecil selepas itu.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak mengenai Covid-19 berkata pemerintah sedang menentukan butiran rejim ujian baru ini seperti berapa kerap ujian dijalankan dan bolehkah ia ditadbir sendiri dengan lebih banyak maklumat akan diumumkan nanti.



Rejim ini adalah sebahagian langkah yang diambil Singapura bagi mengurangkan jangkitan virus serta risiko kelompok lebih besar timbul sedang ia membuka semula ekonominya dalam keadaan lebih berhati-hati dan terkawal, kata Encik Wong.



Pemerintah akan membiaya kos ujian ini selama tiga bulan mendatang, kata Encik Wong, sambil menambah: "Kami melakukannya pada tempoh ini kerana ia penting untuk mendapatkan setiap orang menjalani ujian secara tetap dan memastikan segalanya berjalan lancar.



"Selain itu, majikan akan perlu memikirkan tentang menggabungkan proses-proses ini sebagai sebahagian perancangan berterusan perniagaan mereka (BCP)."



Langkah yang perlu diambil operator F&B haruslah disejajarkan dengan undang-undang jarak selamat termasuk memastikan restoran mereka mempunyai pengaliran udara yang baik serta kumpulan pelanggan duduk sekurang-kurangnya pada jarak sejauh satu meter.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >