Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pekerja Foodpanda yang terlibat dalam nahas di Balestier kini beransur pulih

Setempat
27
0

Pekerja Foodpanda yang terlibat dalam nahas di Balestier kini beransur pulih

Mar 04, 2018 | 04:16 PM

PEKERJA penghantaran makanan Foodpanda yang cedera dalam satu kemalangan jalan raya Khamis lalu (1 Mac) telah selamat menjalani pembedahan pada tulang pahanya yang patah dan dijangka dibenarkan pulang esok (5 Mac).

Demikian menurut kakaknya, Cik Noor Juliana Mohd Latiff, 39 tahun ketika dihubungi Berita Minggu.

Encik Muhammad Noor Hidayat Mohd Latiff, 27 tahun, baru selesai syif pertama pada 2 petang dan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan tunangnya untuk makan tengah hari apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta.

Nahas itu berlaku di Balestier Road menghala ke Thomson Road pada 2.30 petang.

Akibat kemalangan itu, tulang paha beliau patah tiga.

Menurut Cik Noor Juliana, adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan semangat positif.

Namun, beliau masih berharap saksi kemalangan itu atau sesiapa yang mempunyai rakaman video kemalangan itu dapat tampil ke hadapan.

“Kami bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi sekadar ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku saja,” ujar penolong pentadbiran itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3