Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja harus diutamakan dalam melakar dasar: Chee Meng

Jul 31, 2019 | 08:37 PM



PEMERINTAH akan terus berganding bahu dengan gerakan buruh dalam usahanya menyokong para pekerja, kata setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan  (NTUC), Encik Ng Chee Meng hari ini (31 Julai).



Bagaimanapun, beliau menekankan kepentingan pekerja perlu dipertimbangkan dalam pembentukan dasar tersebut agar rakyat Singapura mampu mengongsi kejayaan yang diraih negara ini bersama. 



Dalam ucapan Hari Kebangsaan kepada para pekerja menjelang 9 Ogos ini, Encik Ng berkata bahawa asas yang kukuh serta kerjasama tiga pihak antara pemerintah, pihak majikan dan kesatuan telah meletakkan Singapura dalam landasan baik untuk menghadapi ketidakpastian global serta gangguan teknologi.

 

Justeru, beliau menggesa agar para pekerja, pihak majikan dan pemerintah untuk berkerjasama bagi mengatasi cabaran selain merebut pelbagai peluang. 

 

Encik Ng, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, menambah bahawa pihak majikan perlu berubah dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran global serta serantau dan pada masa yang sama, melabur dalam tenaga kerja dan latihan mereka.

 

Manakala itu, para pekerja pula digesa untuk mendakap perubahan ini selain memupuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

“Daripada melihat perubahan teknologi dengan rasa takut, anda mesti mengambil langkah pertama untuk mempersiapkan diri bagi pekerjaan baru, kekal relevan dengan kemahiran baru serta mampu berdaya tahan dengan menyesuaikan diri dengan cara kerja dan pembelajaran baru,” tambah beliau.

 

Bagi menyokong dan membantu para pekerja mengharungi cabaran masa hadapan, Encik Ng berkata gerakan buruh akan terus mewakili dan kekal relevan untuk mereka dengan mencipta semula keupayaan terasnya, dasar keahlian dan juga perusahaan sosialnya.

 

“Sama seperti apabila kita menghadapi krisis pada 1997, 2001, dan 2008, kita akan berbuat demikian sekiranya ekonomi mengalami kemerosotan,” katanya.

 

“Para pekerja perlu meletakkan kepercayaan mereka kepada kami dan kami akan terus mengutamakan mereka dalam apa jua yang kami lakukan kerana setiap pekerja adalah penting.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >