Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pekerja industri hantar makanan prihatin prospek kerja tempoh panjang: Kajian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja industri hantar makanan prihatin prospek kerja tempoh panjang: Kajian

Dec 28, 2021 | 05:30 AM

SATU kajian oleh Pusat Kajian Ehwal Islam dan Melayu (Rima) mengenai pekerja penghantaran makanan mendapati mereka prihatin akan prospek pekerjaan mereka untuk tempoh panjang.

Kajian sayap penyelidikan AMP itu mendapati mereka yang sudah lama bekerja dalam industri penghantaran makanan mendapati insentif yang ditawarkan platform penghantaran makanan semakin berkurangan sedang lebih ramai pekerja memasuki industri itu.

Oleh itu, mereka berasa kurang optimistik tentang pendapatan mereka pada jangka panjang.

Mereka yang melakukan pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan sementara melihatnya sebagai prospek kerjaya jangka pendek sementara mencari pekerjaan lebih tetap.

Kajian yang selesai dijalankan tahun lalu itu melibatkan 60 pekerja penghantaran makanan dan bertujuan menyelidiki dan memahami isu yang menjadi keprihatinan utama golongan tersebut.

Selain prospek pekerjaan jangka panjang, kajian itu mendapati pekerja penghantaran makanan prihatin tentang kemungkinan teknologi mengambil alih tugas mereka, prihatin mengenai mengurus jangkaan peniaga dan pelanggan dan tentang kurangnya faedah pekerjaan.

Dalam satu kenyataannya semalam, Rima berkata dari segi isu cabaran dalam pekerjaan, pekerja penghantaran makanan mengalami kesukaran dalam memenuhi jangkaan pelanggan dan peniaga, respons lewat daripada pengurusan platform, perubahan terma dan syarat insentif, dan kesukaran dalam peruntukan jadual penghantaran mereka.

Beberapa isu keprihatinan lain yang dikongsi mereka termasuk tentang kekurangan fleksibiliti dan kemudahan akses bagi mereka yang kurang upaya dan kurang faedah asas seperti cuti sakit, kata Rima.

Demi mempertingkat kebajikan pekerja penghantaran makanan, kajian itu turut memberikan beberapa saranan. Ini termasuk mengenal pasti keperluan berbeza pekerja penghantaran makanan, melindungi mereka yang ingin terus bekerja sendiri, dan menyokong mereka yang ingin meningkatkan kemahiran.

"Ia menyediakan titik permulaan untuk inisiatif lebih luas dalam menangani cabaran dan peluang bagi tenaga kerja yang terus berubah ini," kata Rima.

Dapatan kajian itu akan dibincangkan dalam satu sesi Facebook Live esok pada 8 malam.

Sesi itu, yang akan juga berkongsi beberapa campur tangan yang boleh dilakukan untuk membantu pekerja penghantaran makanan, akan menampilkan penyelidik utama dan penulis laporan kajian itu, Cik Nabilah Mohammad, dan tiga pekerja penghantaran makanan, Encik Saire Adnan, Cik Ikin Man dan Encik Muhammad Asyraf Buang.

Ia akan dikendalikan penganalisis kajian Rima, Sheikh Mohamad Farouq Abdul Fareez dan boleh ditonton di laman https://www.facebook.com/singaporeRIMA.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3