Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja jagaan kesihatan sektor privet diberi vaksin

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



JURURAWAT dan doktor di Hospital Mount Elizabeth Novena dan Hospital Mount Elizabeth merupakan antara pekerja penjagaan kesihatan pertama dalam sektor privet untuk mendapat suntikan Covid-19 semalam.



Hospital itu yang di bawah Parkway Pantai, menyaksikan 50 orang diberi suntikan, termasuk eksekutif kanan dan pakar perubatan.



Kumpulan Parkway Pantai mempunyai lebih 8,000 kakitangan daripada empat hospital - Gleneagles, Mount Elizabeth, Mount Elizabeth Novena dan Parkway East - serta 40 klinik penjagaan utama dan perkhidmatan bantuan.



Sebanyak 70 peratus dari mereka telah meluahkan minat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Divisyen Operasi Singapura, Parkway Pantai, Dr Prem Kumar Nair. Namun, mereka mempunyai matlamat mencapai 90 peratus.



"Dalam minggu-minggu akan datang, kami akan memberi vaksin kepada seramai mungkin kakitangan kami. Kami sedang menggalakkan semua yang dalam sistem kami untuk mengambil vaksin," katanya ketika ditemui di Hospital Mount Elizabeth Novena.



Keutamaannya adalah untuk memberi vaksin kepada kakitangan klinikal seperti jururawat dan ahli terapi, dan kemudian kakitangan sokongan seperti teknisyen, jurutera dan mereka yang mengurus kemudahan, tambahnya.



Dr Prem berkata bagi kakitangan yang tidak mengambil vaksin, pihak hospital mungkin akan melihat kepada apa yang perlu dilakukan bagi kakitangan yang bekerja di kawasan berisiko tinggi seperti unit penjagaan rapi (ICU) dan teater pembedahan. Mereka akan juga mungkin mempertimbang penugasan semula.



Namun buat masa ini, pengambilan vaksin adalah sukarela diiringi galakan daripada para pemimpin, ujar beliau.



Mulai minggu depan, keempat-empat hospital di bawah Parkway Pantai akan meningkatkan usaha mereka secara bertahap dan memberi vaksin kepada sehingga 600 pekerja penjagaan kesihatan secara keseluruhan setiap hari.



Menyentuh tentang kekhuatiran yang timbul mengenai kesan sampingan dan reaksi alahan yang ketara daripada vaksin itu, pakar perubatan penyakit berjangkit dari Hospital Mount Elizabeth Novena, Dr Leong Hoe Nam, berkata peluang untuk mendapat alahan itu amat tipis.



Bagaimanapun, hospital dan klinik mengambil langkah berjaga-jaga, dan sekiranya terdapat situasi di mana seseorang diserang alahan yang teruk itu, doktor akan menanganinya secepat mungkin.



Memberikan analogi bahawa peningkatan jumlah kes Covid-19 pada masa akan datang adalah seperti membuat persiapan bagi satu "peperangan", Dr Leong berkata:



"Perkara yang terbaik untuk bersiap sedia bagi perang adalah sewaktu masa aman seperti sekarang untuk mendapatkan vaksin, memastikan kita semua dilindungi."



Cik Nursyahidah Abdul Rahim, 35 tahun, merupakan antara mereka yang menerima vaksin Covid-19 semalam.



Sebagai pendidik jururawat di Hospital Mount Elizabeth Novena, tugasnya memerlukannya untuk mengunjungi wad dan membimbing jururawat baru. Justeru, beliau bertemu dengan pesakit, dan menurutnya, risiko dijangkiti Covid-19 selalu ada.



Menggambarkan pengalamannya, Cik Nursyahidah berkata suntikan itu tidak sakit.



Menurutnya, dengan adanya langkah-langkah seperti menjaga jarak selamat, memakai pelitup dan menjaga kebersihan, vaksin ini seolah-olah bahagian yang melengkapi semuanya dalam usaha memerangi Covid-19.



"Sebagai pekerja barisan depan dan pekerja penjagaan kesihatan, ia amat penting untuk kita melindungi diri kita kerana kita tidak tahu bila kita terdedah kepada Covid-19. Jadi ini memberi ketenangan kepada kita sebagai pekerja penjagaan kesihatan untuk menerima vaksin ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >